Isnin, 3 Februari 2014

TIPS MEMUDAHKAN PERJALANAN PERCUTIAN ANDA KE PULAU LANGKAWI PART 1

1. Pastikan bahawa tempahan penginapan anda telah dibuat sebulan lebih awal bagi percutian anda di Pulau Langkawi. Bagi tujuan tersebut anda boleh membuat tempahan di CASA IMPIANA LANGKAWI HOMESTAY di talian 013-4245041.

2. Pastikan tempahan kereta sewa anda dibuat sebulan lebih awal apabila anda ingin bercuti di Pulau Langkawi. Bagi pelanggan yang menginap di CASA IMPIANA LANGKAWI HOMESTAY pihak kami akan membantu anda untuk mendapatkan kemudahan kereta sewa dengan memberi nombor telefon tuan punya kereta sewa untuk anda berhubung terus dan menawar harga. Pihak kami akan memberi nombor telefon kereta sewa hanya yang boleh dipercayai dan berpatutan.

3. Anda boleh membuat tempahan tiket feri melalui online di laman web seperti yang tertera atau berhubung terus melalui kaunter tiket untuk berurusan berkaitan tiket feri.
https://langkawi-ferry.com/home/schedule.aspx



4. Bagi yang ingin mengunakan perkhidmatan feri RORO ke Pulau Langkawi (membawa kenderaan ke Langkawi) di Jeti Kuala Perlis, jangan lupa membawa salinan geran kenderaan anda dan salinan i/c untuk keperluan dokumentasi. Sila layari laman web berikut atau hubungi untuk pertanyaan.

http://www.langkawiroro.com/



5. Seelok-eloknya pastikan anda sampai di Jeti Kuala Perlia atau Jeti Kuala Kedah pada pukul 7 pagi bagi mendapatkan tiket feri seawal yang mungkin. Ini kemungkinan sekiranya anda sampai pada tengahari, kemungkinan anda tidak dapat tiket pada waktu tersebut sebaliknya mungkin pada waktu petang atau kemungkinan tiket feri habis dijual.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan